Assalamualaikum..

:: SELAMAT DATANG KE BLOG KURA HENSEM (^_^) ::

Sunday 29 May 2011

Kura-kura & Badminton

Bermulanya alkisah si kura-kura bermain badminton..heheh
Xdak modal pulak nak buat muqaddimah entri ni. Sebenarnya KH nak cerita sikit tentang kaitan KH dengan sukan badminton. Badminton adalah sebahagian dari hidup KH buat masa masa ni. (ayat tak jatuh..cehh). Ceritanya begini...

 KH mula minat badminton semenjak di bawah bangku sekolah menengah lagi. Waktu tu KH masih di tingkatan 4 Maktab Mahmud Alor Star. Bermula dengan member-member KH ajak main kat court. Waktu tu pertama kalinya KH bermain dalam court sebenar sebab sebelum-sebelum tu main kat rumah je, pukul-pukul dengan kakak kat halaman rumah..hehe

Sebenarnya KH tak sedar potensi yang ada dalam diri KH. KH terus bermain dan bermain sehinggalah KH masuk tingkatan 5. Akhirnya KH dapat merangkul gelaran Naib Juara Badminton Single. Tapi sekadar wakil rumah sukan je la. Tiba-tiba KH diundang untuk mewakili dalam acara badminton untuk sukan antara sekolah-sekolah menengah daerah Kota Setar. Waah..waktu tu Hanya Tuhan Yang Tahu betapa terujanya KH. Masih segar diingatan waktu sukan tu berlangsung kat Dewan Sekolah Cina Kekwa Alor Star, KH kena ayam dengan lawan dari sekolah Cina 15-5. Nah, tergamam KH. Baru sedar KH masih lagi di tahap rendah..huhu

Selepas tamat Tingkatan 6, KH masuk Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. KH terus bergiat aktif dalam badminton. Kerap jugak la KH main kat dewan DQ dengan kawan-kawan. Waktu tu skil-skil badminton banyak bertambah sehinggalah KH berjaya menjuarai Sukan Antara Huffaz (SUKFAZ) mewakili RUMAH SUKAN (lg..). 2 tahun berturut-turut KH dapat JOHAN. Terbangga la sikit walaupun sekadar wakil rumah sukan.hehehehehe (panjang pulak deh...)

Selepas tamat Darul Quran. KH dapat tawaran ke UIA Gombak (sekarang ni ler...). Kat UIA ni la KH overdose aktif main badminton sehingga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi akademik KH. Adeh, melampau kan? Sejak dari Tahun 1 KH tersangat aktif main badminton. Boleh dikatakan setiap hari. Pantang kawan-kawan ajak, tak kira masa, KH pasti akan menyahut ajakan kawan KH tu. Badminton punya pasal. Oleh kerana minat yang melampau-lampau cenggini, KH banyak dapat perbaiki skil-skil KH. Semakin POWER la (kunun). KH banyak belajar melalui kawan-kawan dan video dari Youtube. Kalau nak taw, KH ni BAJET POWER je.hihihihi...(panjang lg).

Rekod kat UIA, KH pernah dapat JOHAN SINGLE dalam Ma'ruf Club Sport Carnival dan JOHAN DOUBLE dalam Tesl Sport Carnival. Selalu jugak kawan-kawan tanya, "kenapa tak masuk UIA Team? Blh jOin MASUM". KH akan jawab "aku tak sampai tahap tu lagi". KH sedar diri KH ni, tak sampai tahap star-star macam geng UIA Team lagi. Langsung tak terdetik di hati KH nak mewakili UIA sebab KH main badminton untuk suka-suka sahaja. Sekadar memenuhi tuntutan hawa minat KH.

Sekarang KH dah Tahun 1 Semester 3 merangkap semester pendek. InsyaAllah KH akan cuba kurangkan main badminton. Tak mahu lagi peristiwa yang berlaku pada semester lepas berulang. KH tak mahu biarkan badminton menguasai diri KH dan pada masa yang sama minat KH dengan badminton langsung tidak terjejas. KH tetap setia dengan badminton. Kalau dulu KH main tiap-tiap hari. Sekarang KH dapat kurangkan jadi 3,4 kali seminggu. Alhamdulillah.

Sekadar ini sahaja cerita KH tentang badminton. Apa yang paling KH berbangga, banyak kawan-kawan KH kenal melalui sukan badminton. Itu dari aspek positif la. Badminton jugak ada negatifnya kalau kita tak pandai kawal. Pesanan KH untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat. Kalau nak bersukan biarlah berpada-pada. Cukuplah sekadar senaman untuk menyihatkan badan. Jangan main sampai menyiksa badan serta menjejaskan aktiviti-aktiviti lain yang lebih penting dalam kehidupan. Badminton tetap di hati KH.

:: LOVE BADMINTON VERY MUCH :: 


Like These Two Players Very Much
Perfect Player Ever Tapi Kadang2 Kalah Jugak Dengan LCW..hehe
 




1 comment: