Assalamualaikum..

:: SELAMAT DATANG KE BLOG KURA HENSEM (^_^) ::

Sunday, 29 May 2011

Cara Memancing Yang Pelik

Post kali ni KH nak cerita sikit tentang cara memancing ikan yang pelik..tak penah seumur hidup KH tgh Org memancing macam ni. Tapi cara memancing ini khas untuk satu jenis ikan sahaja iaitu ikan tilapia. Cerita tentang ikan tilapia ni, KH dulu penah jugak cuba memancing kat kolam di UIA, kolam tu terletak di kawasan kolej KH. Tapi yang geramnya KH tak pernah dapat yang besar-besar padahal selalu nampak ikan tilapia yang besar-besar timbul kat permukaan air. Geram jugak rasanya. Mungkin ikan-ikan tu semua dah cerdik kOt..hehe



Haa..dengan cara memancing yang baru ni, KH yakin akan dapat tawan ikan tilapia yang besar-besar tu. Cara ialah dengan menggunakan jaring yang diikat kat hujung tali pancing. Kaedah ni langsung tidak menggunakan mata kail. Agak pelik bukan? Kebiasaannya tabiat ikan tilapia ni suka menyodok-nyodok pasir kat dasar kolam. Jadi dengan menggunakan kaedah ni akan memerangkap ikan-ikan yang menyodok pasir tu sebab jaring ni akan turun ke dasar kolam. Kalau tak percaya try tengok video kat bawah ni. Jaring ni dah ada jual kat kedai-kedai pancing. Ha pasni kaki-kaki pancing boleh la try deh..

Bertuah la kalau dapat tilapia besar ni

No comments:

Post a Comment