Assalamualaikum..

:: SELAMAT DATANG KE BLOG KURA HENSEM (^_^) ::

Sunday 29 May 2011

Kura-kura & Badminton

Bermulanya alkisah si kura-kura bermain badminton..heheh
Xdak modal pulak nak buat muqaddimah entri ni. Sebenarnya KH nak cerita sikit tentang kaitan KH dengan sukan badminton. Badminton adalah sebahagian dari hidup KH buat masa masa ni. (ayat tak jatuh..cehh). Ceritanya begini...

 KH mula minat badminton semenjak di bawah bangku sekolah menengah lagi. Waktu tu KH masih di tingkatan 4 Maktab Mahmud Alor Star. Bermula dengan member-member KH ajak main kat court. Waktu tu pertama kalinya KH bermain dalam court sebenar sebab sebelum-sebelum tu main kat rumah je, pukul-pukul dengan kakak kat halaman rumah..hehe

Sebenarnya KH tak sedar potensi yang ada dalam diri KH. KH terus bermain dan bermain sehinggalah KH masuk tingkatan 5. Akhirnya KH dapat merangkul gelaran Naib Juara Badminton Single. Tapi sekadar wakil rumah sukan je la. Tiba-tiba KH diundang untuk mewakili dalam acara badminton untuk sukan antara sekolah-sekolah menengah daerah Kota Setar. Waah..waktu tu Hanya Tuhan Yang Tahu betapa terujanya KH. Masih segar diingatan waktu sukan tu berlangsung kat Dewan Sekolah Cina Kekwa Alor Star, KH kena ayam dengan lawan dari sekolah Cina 15-5. Nah, tergamam KH. Baru sedar KH masih lagi di tahap rendah..huhu

Selepas tamat Tingkatan 6, KH masuk Darul Quran JAKIM di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. KH terus bergiat aktif dalam badminton. Kerap jugak la KH main kat dewan DQ dengan kawan-kawan. Waktu tu skil-skil badminton banyak bertambah sehinggalah KH berjaya menjuarai Sukan Antara Huffaz (SUKFAZ) mewakili RUMAH SUKAN (lg..). 2 tahun berturut-turut KH dapat JOHAN. Terbangga la sikit walaupun sekadar wakil rumah sukan.hehehehehe (panjang pulak deh...)

Selepas tamat Darul Quran. KH dapat tawaran ke UIA Gombak (sekarang ni ler...). Kat UIA ni la KH overdose aktif main badminton sehingga sedikit sebanyak menjejaskan prestasi akademik KH. Adeh, melampau kan? Sejak dari Tahun 1 KH tersangat aktif main badminton. Boleh dikatakan setiap hari. Pantang kawan-kawan ajak, tak kira masa, KH pasti akan menyahut ajakan kawan KH tu. Badminton punya pasal. Oleh kerana minat yang melampau-lampau cenggini, KH banyak dapat perbaiki skil-skil KH. Semakin POWER la (kunun). KH banyak belajar melalui kawan-kawan dan video dari Youtube. Kalau nak taw, KH ni BAJET POWER je.hihihihi...(panjang lg).

Rekod kat UIA, KH pernah dapat JOHAN SINGLE dalam Ma'ruf Club Sport Carnival dan JOHAN DOUBLE dalam Tesl Sport Carnival. Selalu jugak kawan-kawan tanya, "kenapa tak masuk UIA Team? Blh jOin MASUM". KH akan jawab "aku tak sampai tahap tu lagi". KH sedar diri KH ni, tak sampai tahap star-star macam geng UIA Team lagi. Langsung tak terdetik di hati KH nak mewakili UIA sebab KH main badminton untuk suka-suka sahaja. Sekadar memenuhi tuntutan hawa minat KH.

Sekarang KH dah Tahun 1 Semester 3 merangkap semester pendek. InsyaAllah KH akan cuba kurangkan main badminton. Tak mahu lagi peristiwa yang berlaku pada semester lepas berulang. KH tak mahu biarkan badminton menguasai diri KH dan pada masa yang sama minat KH dengan badminton langsung tidak terjejas. KH tetap setia dengan badminton. Kalau dulu KH main tiap-tiap hari. Sekarang KH dapat kurangkan jadi 3,4 kali seminggu. Alhamdulillah.

Sekadar ini sahaja cerita KH tentang badminton. Apa yang paling KH berbangga, banyak kawan-kawan KH kenal melalui sukan badminton. Itu dari aspek positif la. Badminton jugak ada negatifnya kalau kita tak pandai kawal. Pesanan KH untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat. Kalau nak bersukan biarlah berpada-pada. Cukuplah sekadar senaman untuk menyihatkan badan. Jangan main sampai menyiksa badan serta menjejaskan aktiviti-aktiviti lain yang lebih penting dalam kehidupan. Badminton tetap di hati KH.

:: LOVE BADMINTON VERY MUCH :: 


Like These Two Players Very Much
Perfect Player Ever Tapi Kadang2 Kalah Jugak Dengan LCW..hehe
 




Cara Memancing Yang Pelik

Post kali ni KH nak cerita sikit tentang cara memancing ikan yang pelik..tak penah seumur hidup KH tgh Org memancing macam ni. Tapi cara memancing ini khas untuk satu jenis ikan sahaja iaitu ikan tilapia. Cerita tentang ikan tilapia ni, KH dulu penah jugak cuba memancing kat kolam di UIA, kolam tu terletak di kawasan kolej KH. Tapi yang geramnya KH tak pernah dapat yang besar-besar padahal selalu nampak ikan tilapia yang besar-besar timbul kat permukaan air. Geram jugak rasanya. Mungkin ikan-ikan tu semua dah cerdik kOt..hehe



Haa..dengan cara memancing yang baru ni, KH yakin akan dapat tawan ikan tilapia yang besar-besar tu. Cara ialah dengan menggunakan jaring yang diikat kat hujung tali pancing. Kaedah ni langsung tidak menggunakan mata kail. Agak pelik bukan? Kebiasaannya tabiat ikan tilapia ni suka menyodok-nyodok pasir kat dasar kolam. Jadi dengan menggunakan kaedah ni akan memerangkap ikan-ikan yang menyodok pasir tu sebab jaring ni akan turun ke dasar kolam. Kalau tak percaya try tengok video kat bawah ni. Jaring ni dah ada jual kat kedai-kedai pancing. Ha pasni kaki-kaki pancing boleh la try deh..

Bertuah la kalau dapat tilapia besar ni

Thursday 28 April 2011

Ayuh Majukan Diri


Antara cara utk memajukan diri adalah dgn MENCABAR DIRI - Dr Asmadi

Cara utk MENCABAR DIRI :


...Letakkan Sasaran Yang Tinggi...

...Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain...

...Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati...

...Soal Diri Dengan Soalan Positif...

...Tingkatkan ‘Standard’ Anda...




Tuesday 26 April 2011

Si Nabil Yg Senget

Ni member punye pasal la ni KH ter"suka tgk" plak video2 Maharaja Lawak..cuma nak kongsikan kat sini...dalam banyak2 pelawak..KH lebih suka kat si pelawak Nabil ni...dOk ulang video ni 3,4 kali tak cemuih2, pastu X benti2 gelak...adOi...apa nak jadi..haha jOm kita tgk tp jgn gelak teruk2 sgt deh..senyum sudah..hihi (^_^)


Memancing

   Buat pertama kalinya KH nak mengepost post yg memang dari KH sendiri kat blog baru ni..huhu itupun setelah didesak oleh seseorang..hehe siapakah itu? nanti2la KH perkenalkan deh.. Kalau anda semua nak taw, (bajet banyak Org baca la konon..hohoh) minat KH semenjak kecil ialah memancing...pancing ikan deh, bukan pancing Org..huk2

   Haaa kOrang mesti pelik kan, masakn seekor kura-kura blh memancing?hoho. Mungkin sebab keluarga KH kebanyakannya minat memancing.. sejak kecil lagi KH selalu ikut ayah memancing kat sungai dekat2 dgn rumah sebab rumah KH tak jauh dari sungai..ingat lagi waktu KH baru 3,4 tahun ikut mak ayah pergi memancing..waktu tu mak ayah KH guna joran "batang kumbar" ja..tak macam sekarang..macam2 jOran canggih ada..time nak mancing tu mak ayah akan pastikan  KH dOk kat tempat yg selamat..hehe budak kecik lagi..time dapat ikan punyala KH seronok sampai melompat2..macam2 ikan dapat sebab time tu ikan berlambak2 lagi kat dalam sungai..contohnya ikan baung, keli, selat, tilan dan macam2 lagi la..mesti kOrang taktaw apa tu ikan tilan kan?hehehe

   Ok tu cerita time KH kecik2..bila dah besaq skit dalam linkungan 8 tahun camtu KH mula start pergi memancing dengan kawan2 kat kampung dan pada masa yang sama slalu jugak ikut abang pergi mancing ikan haruan sebab minat abg KH pancing haruan kat kolam2 berlainan dengan ayah yg minat memancing kat sungai. Waktu ni KH dah mula belajar guna joran canggih skit, Ingat lagi waktu tu selalu sgt kena marah dengan abg KH sebab kerap sangkut time nak baling,hehe beginner lagi kan. Mungkin sebab kerap ikut abg KH ni la kOt sampai sekarang KH lebih suka dan pakar dlm memancing ikan haruan berbanding ikan2 lain.

   Kalau kat kampung semua Org taw yang KH ni kaki pancing...kalau jumpa kawan2 mesti dOrang akan tanya pasal memancing, tak pun dOrang ajak KH pergi memancing.. Sejak dari tu KH memang terkenal di kalangan kawan2,si pakar memancing haruan..ceewah! hehe kalau g mancing dgn kawan2 mesti KH akan dapat banyak dari dOrang, rezeki Allah..hee kat kampung kalau Orang yg pakar bab2 tangkap ikan ni akan dilabel sebagai ""memerang".. tp KH tak sampai tahap tu lg la..ikan terbesar yang KH penah dpt ialah ikan keli & haruan berat lebih kurang 1kg lebih..tu pun dah terketar2 kpala lutut..huhu

   Ni la serba sedikit pengalaman KH pasal memancing ni..cuma sekarang ni KH jarang2 dah pergi memancing..mungkin sebab sibuk dengan benda2 lain..tp kalau balik kampung..pantang ayah ajak ja confirm KH akan ikut..dan biasanya KH akan dapat ikan lagi banyak dr ayah..lawan tOkey la kan..hahah Kepada kawan2 yg minat macam KH..sesungguhnya memancing ni banyak mengajar kita untuk bersabar..jOmla kita g mancing sama2..malas nak g kat dlm air kat darat pOn Ok jugak...hehehe tata ^^

Ha ni la dia ikan baung, kecik ni, ada lagi yg besar blh sampai 1kg lebih

 
Ni lah dia ikan tilan,comel dak?hehe kalau yg pendek skit namanya bertukar jadi ikan "tili"

 
Nampak macam lebih kurang kurang ikan baung tp tak pastila ikan apa..bapak la besor..huhu kOrang tgkla sendiri deh

Friday 15 April 2011

Erti Seorang Sahabat


Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia